Friday 15 April 2011

Mat Rempit Masuk Pulau Bruit Kempen Pilihanraya SIRI II

SELAMAT TINGGAL PILIHANRAYA

Pakai Motor ni ke laut boleh tak? Soalan Bodoh!
KAMI NAK MEREMPIT DI LAUT PULA...
Pagi itu hujan agak lebat. Angin juga bertiup kencang seakan bersorak keseronokan bersama hujan mendinginkan lagi pagi kami yang tadinya kelihatan indah sahaja. Angin dan hujan ini seakan faham impian kami semua sejak semalam. Sekarang angin dan hujan itu mahu mengagalkan impian kami pula. Mungkin juga balasan Tuhan kerana kami sudah tergelincir dari tujuan asal. KEMPEN pilihanraya di Pulau seakan berkubur jauh di bawah jambatan Lobak Satubah yang kami lalui kelmarin. POLITIK yang dilaungkan sudah terbang melayang entah di mana, yang tinggal dalam benak kami ialah OMBAK- LAUT & IKAN- PAYAK.

Sungai Kampung Betanak
Jam dinding rumah usang milik Allahyarham En Sahdan Gistan menunjukkan  arah 8. Kami semua seakan putus harapan bahawa kami tidak akan ke laut jika hujan berterusan. Laut pasti bergelora. Pasti ada yang mabuk laut. Lainlah bagi orang kampung seperti Encik Gusti Sahdan(tuan rumah). Bagi mereka ombak laut itu umpama buaian yang mendodoikan. Alunan ombak seperti selimut mereka. Desirnya adalah nafas mereka. Bukan seperti kami anak kota yang membesar dalam segala kemewahan. Membesar dengan 'api dalam kaca', 'air dalam besi' dan 'buang air besarpun dalam mangkuk'. Itu semua tak ada di kampung nelayan tua ini.
Tidak lama kemudian hujan mula reda. Abang Encik Gusti pun memanggil kami semua untuk TURUN MENAIKI Bot Tundaknya. Akhirnya kami meneruskan perjalanan 'MENUNDAK PAYAK'. Kami semua gembira kerana berpeluang juga merasai realiti KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN.

Perjalanan Ke Muara Bermula

seronok nampak.. kau mabuk nanti baru ko tau..
Setelah menyusuri sungai kampung Betanak selama 15 minit terbentanglah LAUT. Ada antara kami baru pertama kali melihat laut dengan mata sebenar. Wah! Luasnya laut. Kutarik nafas panjang-panjang. Udara laut kusedut dalam-dalam. Segar, nyaman dan BEBAS. Hidup di laut memang bebas. Patutlah ramai orang kampung nelayan suka dengan BEBAS. Kehidupannya tiada tekanan, seperti kehidupan di laut yang luas.

BEBAS!! di Laut Aku anak BEBAS

Dao tan buyak bangat

Boleh makanke? Kepala Otak Ko nak makan ikan tu...beracun.
Sampai di lokasi yang dituju. Tekong kami telah memperlahankan kelajuan bot. Kepayang (wings) pukat dipasang oleh anak tekong yang turut serta dalam ekspidisi kami.  Tidak lama selepas itu tekong menurunkan pukat tunda ke dalam laut. Operasi menunda pun bermula.
Untuk menjadi cerita menariknya belum sampai 1 jam kami menunda ada seorang dua antara kami sudah merasa pening. Tidak lama selepas itu ada yang sudah termuntah-muntah. Mabuk laut.

Masih seronok nampak! nanti kejap weeeiikkk!!!!

Inin laut cina selatan yang kami tuju
Lebih kurang sejam kami menunda, enjin bot di perlahankan. Cukup masa untuk menarik pukat dan melihat hasil tangkapan pertama. Semua kami bergegas ke buritan bbot untuk melihat proses menarik pukat dengan kuasa 2 kuda lengan nelayan tua itu.
Bila 'butut' (bahagian hujung pukat) nampak kami teruja melihat hasil tangkapan. Udang payak banyak dan di tuangkan atas lantai bot. Seronoknya melihat payak yang masih segar itu. Hilang pening kepala kami sebentar kerana gembira melihat hasil tangkapan. Selepas itu pukat dilepaskan semula ke dalam laut untuk kali kedua. Begitulah seterusnya.

Takapan tunda payak selama 1 jam (lumayan- kalau buat sesa boleh sampai 2-3 kg)

Banyaknyeeee....!!!!
Selepas dua kali angkat tundak kami  anak buah bos kami pun datang untuk menjemput kami balik, pada jam 11 mengguna perahu panjang enjin sangkut (Bukan injin Subsidi-- berkat usaha sendiri oooiii). Kami berangkat balik ke Sibu jam 2 petang selepas makan. Abang En. Gusti iaitu En. Maini dan anaknya masih lagi terus menundak payak sampai petang. Begitulah nelayan kampung Betanak ini meraih rezeki untuk menyara anak isteri.

Bot panjang ambil kami kerana kami terpaksa balik awal

baru lega rasa tak mabuk lagi..
Kenangan sampai ke sebuah kampung nelayan, dengan budi bahasa pendudukan kampung memang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat saya. Saya bertekad saya akan kembali menjejaki kaki ke kampung itu suatu hari nanti. Walaupun kehidupan penuh dibelenggu kemiskinan, tetapi mereka tidak pernah berkira untuk memberi buat tangan kepada kami (udang segar) untuk dikongsi rasa oleh isteri dan anak-anak kami yang setia menunggu kepulangan kami.
Meskipun perjalanan ke Kampung Betanak memang sukar (ekoran jalanraya - menumpang jalan ladang sawit brpasir dan becak), namun kami tidak 'jerak' (putus semangat) untuk pergi lagi nanti. Saya sangat
Perjalanan dalam ladang sawit- Luas wouuuuu boleh sesat wooouuu
Kena berhenti tunggu member yang lambat..
.

Dalam FeriSsemop
Saya sangat hairan negara kita merdeka sekian lama tetapi masih ada lagi tempat yang semundur itu. Di manakah suara pemimpin yang kita pilih dan beri amanah selama ini. Entahlah.. mungkin ada juga hikmah di sebalik ini agaknya. Betullah kata seorang penyair di Sarawak 'sinar merata cahaya menompok'. Tapi tempat yang kena cahaya awal dan lama itu akhirnya boleh terbakar juga.

No comments:

Post a Comment