Thursday 7 April 2011

KAMPUNGKU BETANAK


Pandangan Udara Kampung Betanak
Kampung Betanak merupa sebuah perkampungan nelayan yang teletak ditengah Pulau Bruit. Kampung ini letaknya di tepi laut yang mengadap Laut Cina Selatan. Kampung ini boleh dihubungi melalui jalan laut (Speed bot) dari bandar Sarikei yang mengambil masa 2 jam. Selain itu baru-baru ini kampung ini juga sudah boleh dihubungi melalui jalan darat. Namun demikian laluannya terpaksa merentas ladang kelapa sawit milik Syarikat Rimbunan Hijau dari bandar Sibu. Perjalanan menggunakan kereta (Fourwheel Drive) dari Sibu mengambil masa 2 setengsh jam sampai ke sebuah perkampungan kecil iaitu Kampung Penuai. Dari situ hanya motorsikal digunakan untuk menyambung perjalanan.
Sepanjang perjalanan dari Sibu kita melewati banyak perkampungan dan Rumah Panjang. Begitu juga kita melalui 7 buah jambantan yang panjang (termasuk Jambatan Labaan, jambatan terpanjang di Sarawak) dan sebuah 'feri' dari tanah besar menyeberangi sungai Rejang ke Pulau Bruit. Antara kampung yang dilewati dalam perjalanan itu ialah Kampung Serding, Kampung Sedau, Kampung Semop, Kampung Saie, kampung Penuai dan Kampung Penibong. Dari laluan ini kita juga boleh pergi ke Kampung Sebako. Di kampung Sebako  ini kita boleh menginap di Homestay milik rakan saya . Boleh layari wsite http://desasebako.blogspot.com

No comments:

Post a Comment