Wednesday 6 April 2011

Kenangan Balik Raya Kampung Betanak


Balik Raya Melalui Terusan buatan dari Bruit ke Betanak
Ketika arwah ayah masih hidup, balik beraya kampung adalah satu kemestian. Meski perjalanan dari sibu ke kampung kami terpaksa menempuh perjalanan yang sukar kami tidak sesekali merungut untuk balik. Di jeti ekspres Sibu sudah manusia berasak-asak untuk mendapatkan tempat duduk dalam bot ekspres. Dalam perjalanan selama 3 jam itu amat menyeksakan dalam bot yang pernuh sesak orang. Bertambah lagi dengan membawa tiga orang buah hati tersayang itu. Beg pakaian dan barang keperluan berhari raya juga banyak. Sampai di Bruit pula kita terpaksa menaiki sampan enjin sangkut 15 kuda Yamaha (Anak buah Jef ambil dari Betanak) pula untuk ke kampung saya iaitu Betanak. Perjalan melalui 'Sungai Buatan' lagi merimaskan kerana sungai sempit dan anak-anak terpaksa berpanas.
Saya sngat bersyukur kerana isteri tersayang dan juga anak-anak tidak pernah merungut, malah bagi mereka perjalanan ini satu kembara yang menyeronokkan. Perjalanan ini pula terpaksa mengikut air pasang sebab sungai kecil itu airnya akan kering apabila air tidak pasang. Kita terpaksa menunggu air pasang baru boleh meneruskan perjalanan. Jika tidak kita akan tersadai dahulu di Jeti ampung Bruit. Kekadang malam baru kita sampai kampung. Bayangkan menempung perjalanan begitu pada waktu malam. Pernah setahun dulu keluarga saya sampai di kampung pada pukut 9.00 malam. Menitis air mata saya apabila sampai sahaja di kampung malam itu apabila terdengar  takbir raya berkumandang dari masjid yang tidak jauh dari rumah kami. Sampai sahaja kita di jeti depan rumah kami kelihatan sudah ayah tersayang menanti anak cucunya. Itu dulu, entahlah bagaimana raya tahun ini.
Sekarang perubahan demi perubahan berlaku. Perhubungan darat juga sudah mula boleh digunakan. Perjalanan dari bandar Sibu ke kampung Betanak hanya mengambil masa 2.30 minit sahaja. Itu pun terpaksa melalui jalan ladang sawit milik Rimbunan Hijau. Jalan dalam ladang itu pula berpasir. Maklumlah jalan ladang. Kereta juga boleh sampai setakat hujung kampung Penuai. Kereta terpaksa letak di situ. Meneruskan perjalanan ke Betanak terpaksa meminta orang kampung Penuai menghantar menggunakan motorsikal. Perjalanan naik motor sikal pula 15 minit.

No comments:

Post a Comment