Wednesday 26 October 2011

Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad dinobatkan sebagai Koperasi Sekolah Gemilang 2011

                            Cikgu Gusti Bin Sahdan Pengurus AM Koperasi SMK Jalan Oya Berhad Menerima 
                                   Trofi, sijil dan cek bernilai RM1300.00 daripada Datuk Sylvester Entri Anak Muran , 
                          Menteri Muda Bekalan Awam (Kemudahan Air) & Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang)
                         ALK KopeJo dari Kiri Pn. Chew Soon Ing(Pengurus Buku), En. Gusti Sahdan (Pengurus AM),
                                         Menteri Muda Datuk Sylvester Entri, En. Noruddin Annuar (Bendahari), 
                         Pn. Sophia Endik (Setiausaha), Cik May Eddie Wilson (JAD), Cik Chong S.N.(Pengurus Stok) 

             Pada 22.10.11 bertempat di Hotel Merdeka Palace Kuching, majlis penyampai Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah berlangsung dalam keadaan yang ceria dan harmonis. Dalam majlis tersebut SMK Jalan Oya telah menggondol hadiah Anugerah Gemilang Kualiti Koperasi Sekolah 2011. Kejayaan kemuncak ini menjadi kebanggaan warga koperasi SMK Jalan Oya.
           Kejayaan Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad (KopeJO) adalah berkat usaha semua pihak terutamanya ALK yang ada sekarang yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perjalanan koperasi. Antara anugerah yang pernah diterima oleh KoopeJo ialah.

Rekod Pencapaian KopeJO dalam Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Negeri Sarawak

1. 2006 - Tempat Ketiga- Kategori Koperasi Sekolah Asrama B
2  2007 - Tempat Ketiga- Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
3. 2008 - Johan             - Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
4. 2009 - Johan             - Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
5. 2010 - Naib Johan     - Kategeori Harapan Gemilang Koperasi Sekolah Negeri Sarawak
6. 2011 - Johan Keseluruhan - Anugerah Gemilang Koperasi Sekolah Negeri Sarawak.

                                               ALK KopeJO seronok merai kejayaan

Thursday 9 June 2011

Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Di Menara Taming Sari Melaka

Naik Menara Taming Sari Melaka

Singgah Di Kota Bersejarah Al-Famosa

Santai sebentar di Dataran Pahlawan

Mengunjungi Masjid Terapong

Lawatan Istana Muzium Kesultanan Melaka

 Menyusuri Sungai Melaka

 Singgah Di Kampung Morten (Kampung Pelancongan)
 Rumah Tradisional Melayu Melaka
 Menjejaki Sahabat Lama di Kampung Pantai Puteri Melaka

 Isteri Tersayang

 Taman Mini Air Keroh Melaka
Rumah Tradisional Melaka (Masuk buka Kasut)
Cuba Rasa Satay Kajang Hj Samuri Di Kajang

Wednesday 18 May 2011

Persidangan Kebangsaan Angkasa Di PWTC

Sempat bergambar dengan Pengerusi Angkasa Prof. Dato' Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum(kanan)

Assalamualaikum. Pada 12 Mei 2011 saya dan bendahari koperasi mewakili Koperasi SMK Jalan Oya Sibu pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri persidangan kebangsaan Angkasa. Menaiki pesawat MAS awal pagi dan sampai di KL pada jam 9.00 pagi. Adik angkat Azhar mengambil kami di KLIA. Kami terus pergi ke Hotel Putra di Jln Putra KL. Kami daftar masuk hotel lebih kurang jam 10.30. Selesai sahaja urusan tersebut kami pergi makan di sebuah cafe bawah bangunan MARA. Isteri Adik Azhar yang kerja di Pejabat MARA KL juga datang dan minum bersama kami. Sebelah petang itu pula saya dengan Din pergi ke IKEA untuk tengok dan cari barang.


Bersama Peserta Persidangan

Persidangan Angkasa berlangsung dalam keadaan aman dan harmonis. Pemilihan Timbalan Presiden dan 2 orang Naib Presiden.  Dato Haji Abdul Fattah Haji Abdullah telah menang dalam pemilihan Timbalan Presiden. Manakala Prof. Madya Dr. Ali Hassan dan Haji Mutadho Bahri dipilih sebagai Naib Presiden.


Dewan PWTC KL

Monday 2 May 2011

Sesa Unjur Kampung Betanak Yang Terbaik


Sesa Unjur atau udang kering (Melanau -Kupas telad) merupakan produk yang dihasilkan oleh kaum nelayan Melanau yang terkenal. Udang payak yang segar diproses menjadi udang kering dengan menggunakan kaedah biangan (Dibiangkan dekat api).

Tuesday 19 April 2011

Singgah Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur


19
042011

Penulis & En. Mohd. Yunus
Kampung Pengantin KL
16 April saya pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkhwinan Adik Fariha dengan tunangnya Mohd. Syukri di Kampung Pengantin. Kita pergi dalam satu rombongan yang terdiri daripada 25 orang dari Sarawak (Sibu). Kita sangat berterima kasih kepada Pn. Diana yang sudi menjemput kita untuk menghadiri perkahwinan anak perempuannya. Majlis tersebut berlangsung dalam keadaan yang gilang-gemilang.
Depan J'jempa D' lamo: Homestay Milik Datuk Sanusi Junit
Dewan Kampung Pengantin KL
Durian Musang King 
Dalam perjalan balik 17 April, kami sempat singgah di Pasar Borong Nilai 3. Apa lagi yang perempuan mulalah kabur mata tengok barang. Belanjalah mereka sehingga puas. Ada antara mereka terpaksa bayar bagasi Air Asia sampai RM200.00 kerana barang terlebih muatan. Mereka memang tidak kesah asalkan kepuasan membeli belah itu telah dinikmati. Saya dengan Cikgu Bos pula lain ceritanya. ‘Musang King’  menjadi sasaran. Pengelaman menimati keenakan Musang King itu sukar digambarkan walaupun harganya mencecah RM25 sekilo.  Dalam Van yang kami gunakan, kalangan perempuan merungut kerana bau durian, kita buat muka selamba sahaja. Buat muka macam orang tak bersalah. Janji dah makan durian Musang King. (Tidak terdapat di Sarawak)
Dewan Persandingan di Kpg Pengantin KL
Durian D24
Sampai di perkampungan Melayu Sepang ((nama kampung sebenar tak tahu) iaitu 20 minit nak sampai LCCT, kita singgah pula tepi jalan tempat orang berjual durian. Kita cuba durian D24 pula (Tak ada di Sarawak juga…). Aduh, sedap! Sampai menjilat jari. D24 ini gas duriannya sangat kuat. Dalam Van yang kita guna ke LCCT tersebut rasa nak meletup sahaja bom gas D24 dari serombong bawah. Sampai terkial-kial duduk menahan gasnya. Sampai di LCCT, keluar sahaja dari Van saya lepaslah gas D24 itu puas-puas. Baru lega.
Ibunya Pn. Diana Ujil
Fariha & Syukri
Bom Gas D24 meletup dalam kapal terbang Air Asia.
Kerana keletihan sejurus sahaja ‘bilun’ (istilah melayu Sarawak) meninggalkan landasan saya terlelap. Rasa sekejap perjalanan yang mengambil masa 2 jam dari Kl ke Sibu kerana saya tertidur sepanjang perjalanan. Bila saya bangun, cikgu Saadiah (isteri Neng Bougenvilla) yang duduk bangku depan saya  memberitahu saya yang dia ada 2 kali tercium bau gas itu. Saya terkejut rupa-rupanya semasa saya nyenyak tidur bom D24 itu meletup lagi sampai dua kali. Aduh malu le juga. Tapi buat aja le muka selamba macam orang tak bersalah. Dalam hati menyebut.. ‘ Ah! peduli apa janji aku dah meninkmati Musang King & D24. Siapa kena bom biarlah bukan dia boleh bom saya balik. Begitu le ceritanya singgah di kampunng pengantin KL bersama Cikgu Pn. Diana Ujil (Emak NANI Mentor 4)
Rombongan Dari Sibu Sarawak

Friday 15 April 2011

Mat Rempit Masuk Pulau Bruit Kempen Pilihanraya SIRI II

SELAMAT TINGGAL PILIHANRAYA

Pakai Motor ni ke laut boleh tak? Soalan Bodoh!
KAMI NAK MEREMPIT DI LAUT PULA...
Pagi itu hujan agak lebat. Angin juga bertiup kencang seakan bersorak keseronokan bersama hujan mendinginkan lagi pagi kami yang tadinya kelihatan indah sahaja. Angin dan hujan ini seakan faham impian kami semua sejak semalam. Sekarang angin dan hujan itu mahu mengagalkan impian kami pula. Mungkin juga balasan Tuhan kerana kami sudah tergelincir dari tujuan asal. KEMPEN pilihanraya di Pulau seakan berkubur jauh di bawah jambatan Lobak Satubah yang kami lalui kelmarin. POLITIK yang dilaungkan sudah terbang melayang entah di mana, yang tinggal dalam benak kami ialah OMBAK- LAUT & IKAN- PAYAK.

Sungai Kampung Betanak
Jam dinding rumah usang milik Allahyarham En Sahdan Gistan menunjukkan  arah 8. Kami semua seakan putus harapan bahawa kami tidak akan ke laut jika hujan berterusan. Laut pasti bergelora. Pasti ada yang mabuk laut. Lainlah bagi orang kampung seperti Encik Gusti Sahdan(tuan rumah). Bagi mereka ombak laut itu umpama buaian yang mendodoikan. Alunan ombak seperti selimut mereka. Desirnya adalah nafas mereka. Bukan seperti kami anak kota yang membesar dalam segala kemewahan. Membesar dengan 'api dalam kaca', 'air dalam besi' dan 'buang air besarpun dalam mangkuk'. Itu semua tak ada di kampung nelayan tua ini.
Tidak lama kemudian hujan mula reda. Abang Encik Gusti pun memanggil kami semua untuk TURUN MENAIKI Bot Tundaknya. Akhirnya kami meneruskan perjalanan 'MENUNDAK PAYAK'. Kami semua gembira kerana berpeluang juga merasai realiti KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN.

Perjalanan Ke Muara Bermula

seronok nampak.. kau mabuk nanti baru ko tau..
Setelah menyusuri sungai kampung Betanak selama 15 minit terbentanglah LAUT. Ada antara kami baru pertama kali melihat laut dengan mata sebenar. Wah! Luasnya laut. Kutarik nafas panjang-panjang. Udara laut kusedut dalam-dalam. Segar, nyaman dan BEBAS. Hidup di laut memang bebas. Patutlah ramai orang kampung nelayan suka dengan BEBAS. Kehidupannya tiada tekanan, seperti kehidupan di laut yang luas.

BEBAS!! di Laut Aku anak BEBAS

Dao tan buyak bangat

Boleh makanke? Kepala Otak Ko nak makan ikan tu...beracun.
Sampai di lokasi yang dituju. Tekong kami telah memperlahankan kelajuan bot. Kepayang (wings) pukat dipasang oleh anak tekong yang turut serta dalam ekspidisi kami.  Tidak lama selepas itu tekong menurunkan pukat tunda ke dalam laut. Operasi menunda pun bermula.
Untuk menjadi cerita menariknya belum sampai 1 jam kami menunda ada seorang dua antara kami sudah merasa pening. Tidak lama selepas itu ada yang sudah termuntah-muntah. Mabuk laut.

Masih seronok nampak! nanti kejap weeeiikkk!!!!

Inin laut cina selatan yang kami tuju
Lebih kurang sejam kami menunda, enjin bot di perlahankan. Cukup masa untuk menarik pukat dan melihat hasil tangkapan pertama. Semua kami bergegas ke buritan bbot untuk melihat proses menarik pukat dengan kuasa 2 kuda lengan nelayan tua itu.
Bila 'butut' (bahagian hujung pukat) nampak kami teruja melihat hasil tangkapan. Udang payak banyak dan di tuangkan atas lantai bot. Seronoknya melihat payak yang masih segar itu. Hilang pening kepala kami sebentar kerana gembira melihat hasil tangkapan. Selepas itu pukat dilepaskan semula ke dalam laut untuk kali kedua. Begitulah seterusnya.

Takapan tunda payak selama 1 jam (lumayan- kalau buat sesa boleh sampai 2-3 kg)

Banyaknyeeee....!!!!
Selepas dua kali angkat tundak kami  anak buah bos kami pun datang untuk menjemput kami balik, pada jam 11 mengguna perahu panjang enjin sangkut (Bukan injin Subsidi-- berkat usaha sendiri oooiii). Kami berangkat balik ke Sibu jam 2 petang selepas makan. Abang En. Gusti iaitu En. Maini dan anaknya masih lagi terus menundak payak sampai petang. Begitulah nelayan kampung Betanak ini meraih rezeki untuk menyara anak isteri.

Bot panjang ambil kami kerana kami terpaksa balik awal

baru lega rasa tak mabuk lagi..
Kenangan sampai ke sebuah kampung nelayan, dengan budi bahasa pendudukan kampung memang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat saya. Saya bertekad saya akan kembali menjejaki kaki ke kampung itu suatu hari nanti. Walaupun kehidupan penuh dibelenggu kemiskinan, tetapi mereka tidak pernah berkira untuk memberi buat tangan kepada kami (udang segar) untuk dikongsi rasa oleh isteri dan anak-anak kami yang setia menunggu kepulangan kami.
Meskipun perjalanan ke Kampung Betanak memang sukar (ekoran jalanraya - menumpang jalan ladang sawit brpasir dan becak), namun kami tidak 'jerak' (putus semangat) untuk pergi lagi nanti. Saya sangat
Perjalanan dalam ladang sawit- Luas wouuuuu boleh sesat wooouuu
Kena berhenti tunggu member yang lambat..
.

Dalam FeriSsemop
Saya sangat hairan negara kita merdeka sekian lama tetapi masih ada lagi tempat yang semundur itu. Di manakah suara pemimpin yang kita pilih dan beri amanah selama ini. Entahlah.. mungkin ada juga hikmah di sebalik ini agaknya. Betullah kata seorang penyair di Sarawak 'sinar merata cahaya menompok'. Tapi tempat yang kena cahaya awal dan lama itu akhirnya boleh terbakar juga.

Monday 11 April 2011

Mat Rempit Masuk Pulau Bruit Kempen Pilihanraya SIRI 1


Pada hari Sabtu yang lepas sekumpulan Mat-mat Rempit Sibu merempit ke Pulau Bruit. Mereka kononnya nak kempen pilihanraya kat pulau Bruit. Saja nak tengok cerita hangat kat pulau tu mengenai pilihanraya yang panas dengan isu di sana. Hasrat nak berpolitik terpaksa dilupakan kerana Pendekar 7 kesayangan Sultan Melaka ini (seorang tak ada dlm gambar pegang kemera)tersesat dalam ladang sawit. Hasrat nak berkempen hanya tinggal kenangan.
.
Dengan kudrat Tuhan muncul seorang hamba Allah lalu kat kami. Dia yang tunjuk jalan ke sebuah kampung nelayan. Kami pun sampai di sebuah kampung Betanak (Kampung nelayan yang terpinggir daripada pembangunan)


Kampung Betanak
Sampai di Kampung Betanak kami menginap di sebuah rumah orang kampung (Boleh le dikata Homestay Kampung Betanak). Kami dihidangkan dengan makanan laut yang sedap dan enak (Menu makan malam tu: Ikan puput bakar, ikan kilat bakar, ikan bulu, Ikan lumek salai, ikan belukang salai, sesa unjur dan yang paling istimewanya ialah 'Udang Payak Yang BESAR tu direbus dan dicecah dengan sambal cili/kicap). Ada antara pendatang tanpa izin ni tadi tak pernah makan udang segar rebus ni, sehingga tak sedar perut kenyang. Rasa nolak-nolak ke dalam ajak.... rasa makan. Ditambah lagi dengan nasi Beras YYY gret A Padi Uma. Dalam gambar dibawah di bawah beberapa rakan yang masih meneruskan perjuangan. (Gambar makan tak banyak sebab semua tak mahu stop makan apabila disuruh ambil gambar)

Nolak-nolak ke dalam ajak rasanya makan Payak tok..  
HARI AHAD 10 APRIL PENGALAMAN YANG BERBEZA
SUATU SUBUH YANG BENING
Pagi itu subuh lagi aku sudah bangun. Aku turun mengambil wuduk di luar rumah. Berwuduk dengan air hujan dalam tangki amat sejuk. Sejuk air hujan pagi itu terasa sampai ke tulang sum-sum. Selepas selesai menunai solat subuh, aku melangkah meninjau suasana perkampungan nelayan tersebut. Suasana pagi yang bening dan nyaman sungguh indah. Menyedut udara segar kampung yang bebas pencemaran itu melegakan. Terasa bertenaga seluruh anggota badan. Terasa tubuh kita muda remaja semula. Manatidaknya udara bersih masuk badan(Boleh kahwin baru rasanya...).

Pagi Jam 6 Kpg Betanak

Kampung Encik Gusti
Pukus 8.00 pula kita dibawa oleh tuan rumah pergi menangkap udang 'Payak' . Itu yang sebenarnya 'Real' Pengalaman Yang Berbeza.

Menuju Ke Laut Tangkap Payak
Ikuti pengelaman Mat rempit ke laut tundak payak dalam SIRI II

Thursday 7 April 2011

KAMPUNGKU BETANAK


Pandangan Udara Kampung Betanak
Kampung Betanak merupa sebuah perkampungan nelayan yang teletak ditengah Pulau Bruit. Kampung ini letaknya di tepi laut yang mengadap Laut Cina Selatan. Kampung ini boleh dihubungi melalui jalan laut (Speed bot) dari bandar Sarikei yang mengambil masa 2 jam. Selain itu baru-baru ini kampung ini juga sudah boleh dihubungi melalui jalan darat. Namun demikian laluannya terpaksa merentas ladang kelapa sawit milik Syarikat Rimbunan Hijau dari bandar Sibu. Perjalanan menggunakan kereta (Fourwheel Drive) dari Sibu mengambil masa 2 setengsh jam sampai ke sebuah perkampungan kecil iaitu Kampung Penuai. Dari situ hanya motorsikal digunakan untuk menyambung perjalanan.
Sepanjang perjalanan dari Sibu kita melewati banyak perkampungan dan Rumah Panjang. Begitu juga kita melalui 7 buah jambantan yang panjang (termasuk Jambatan Labaan, jambatan terpanjang di Sarawak) dan sebuah 'feri' dari tanah besar menyeberangi sungai Rejang ke Pulau Bruit. Antara kampung yang dilewati dalam perjalanan itu ialah Kampung Serding, Kampung Sedau, Kampung Semop, Kampung Saie, kampung Penuai dan Kampung Penibong. Dari laluan ini kita juga boleh pergi ke Kampung Sebako. Di kampung Sebako  ini kita boleh menginap di Homestay milik rakan saya . Boleh layari wsite http://desasebako.blogspot.com

Wednesday 6 April 2011

Kenangan Balik Raya Kampung Betanak


Balik Raya Melalui Terusan buatan dari Bruit ke Betanak
Ketika arwah ayah masih hidup, balik beraya kampung adalah satu kemestian. Meski perjalanan dari sibu ke kampung kami terpaksa menempuh perjalanan yang sukar kami tidak sesekali merungut untuk balik. Di jeti ekspres Sibu sudah manusia berasak-asak untuk mendapatkan tempat duduk dalam bot ekspres. Dalam perjalanan selama 3 jam itu amat menyeksakan dalam bot yang pernuh sesak orang. Bertambah lagi dengan membawa tiga orang buah hati tersayang itu. Beg pakaian dan barang keperluan berhari raya juga banyak. Sampai di Bruit pula kita terpaksa menaiki sampan enjin sangkut 15 kuda Yamaha (Anak buah Jef ambil dari Betanak) pula untuk ke kampung saya iaitu Betanak. Perjalan melalui 'Sungai Buatan' lagi merimaskan kerana sungai sempit dan anak-anak terpaksa berpanas.
Saya sngat bersyukur kerana isteri tersayang dan juga anak-anak tidak pernah merungut, malah bagi mereka perjalanan ini satu kembara yang menyeronokkan. Perjalanan ini pula terpaksa mengikut air pasang sebab sungai kecil itu airnya akan kering apabila air tidak pasang. Kita terpaksa menunggu air pasang baru boleh meneruskan perjalanan. Jika tidak kita akan tersadai dahulu di Jeti ampung Bruit. Kekadang malam baru kita sampai kampung. Bayangkan menempung perjalanan begitu pada waktu malam. Pernah setahun dulu keluarga saya sampai di kampung pada pukut 9.00 malam. Menitis air mata saya apabila sampai sahaja di kampung malam itu apabila terdengar  takbir raya berkumandang dari masjid yang tidak jauh dari rumah kami. Sampai sahaja kita di jeti depan rumah kami kelihatan sudah ayah tersayang menanti anak cucunya. Itu dulu, entahlah bagaimana raya tahun ini.
Sekarang perubahan demi perubahan berlaku. Perhubungan darat juga sudah mula boleh digunakan. Perjalanan dari bandar Sibu ke kampung Betanak hanya mengambil masa 2.30 minit sahaja. Itu pun terpaksa melalui jalan ladang sawit milik Rimbunan Hijau. Jalan dalam ladang itu pula berpasir. Maklumlah jalan ladang. Kereta juga boleh sampai setakat hujung kampung Penuai. Kereta terpaksa letak di situ. Meneruskan perjalanan ke Betanak terpaksa meminta orang kampung Penuai menghantar menggunakan motorsikal. Perjalanan naik motor sikal pula 15 minit.