Monday 11 April 2011

Mat Rempit Masuk Pulau Bruit Kempen Pilihanraya SIRI 1


Pada hari Sabtu yang lepas sekumpulan Mat-mat Rempit Sibu merempit ke Pulau Bruit. Mereka kononnya nak kempen pilihanraya kat pulau Bruit. Saja nak tengok cerita hangat kat pulau tu mengenai pilihanraya yang panas dengan isu di sana. Hasrat nak berpolitik terpaksa dilupakan kerana Pendekar 7 kesayangan Sultan Melaka ini (seorang tak ada dlm gambar pegang kemera)tersesat dalam ladang sawit. Hasrat nak berkempen hanya tinggal kenangan.
.
Dengan kudrat Tuhan muncul seorang hamba Allah lalu kat kami. Dia yang tunjuk jalan ke sebuah kampung nelayan. Kami pun sampai di sebuah kampung Betanak (Kampung nelayan yang terpinggir daripada pembangunan)


Kampung Betanak
Sampai di Kampung Betanak kami menginap di sebuah rumah orang kampung (Boleh le dikata Homestay Kampung Betanak). Kami dihidangkan dengan makanan laut yang sedap dan enak (Menu makan malam tu: Ikan puput bakar, ikan kilat bakar, ikan bulu, Ikan lumek salai, ikan belukang salai, sesa unjur dan yang paling istimewanya ialah 'Udang Payak Yang BESAR tu direbus dan dicecah dengan sambal cili/kicap). Ada antara pendatang tanpa izin ni tadi tak pernah makan udang segar rebus ni, sehingga tak sedar perut kenyang. Rasa nolak-nolak ke dalam ajak.... rasa makan. Ditambah lagi dengan nasi Beras YYY gret A Padi Uma. Dalam gambar dibawah di bawah beberapa rakan yang masih meneruskan perjuangan. (Gambar makan tak banyak sebab semua tak mahu stop makan apabila disuruh ambil gambar)

Nolak-nolak ke dalam ajak rasanya makan Payak tok..  
HARI AHAD 10 APRIL PENGALAMAN YANG BERBEZA
SUATU SUBUH YANG BENING
Pagi itu subuh lagi aku sudah bangun. Aku turun mengambil wuduk di luar rumah. Berwuduk dengan air hujan dalam tangki amat sejuk. Sejuk air hujan pagi itu terasa sampai ke tulang sum-sum. Selepas selesai menunai solat subuh, aku melangkah meninjau suasana perkampungan nelayan tersebut. Suasana pagi yang bening dan nyaman sungguh indah. Menyedut udara segar kampung yang bebas pencemaran itu melegakan. Terasa bertenaga seluruh anggota badan. Terasa tubuh kita muda remaja semula. Manatidaknya udara bersih masuk badan(Boleh kahwin baru rasanya...).

Pagi Jam 6 Kpg Betanak

Kampung Encik Gusti
Pukus 8.00 pula kita dibawa oleh tuan rumah pergi menangkap udang 'Payak' . Itu yang sebenarnya 'Real' Pengalaman Yang Berbeza.

Menuju Ke Laut Tangkap Payak
Ikuti pengelaman Mat rempit ke laut tundak payak dalam SIRI II

No comments:

Post a Comment