Saya sngat bersyukur kerana isteri tersayang dan juga anak-anak tidak pernah merungut, malah bagi mereka perjalanan ini satu kembara yang menyeronokkan. Perjalanan ini pula terpaksa mengikut air pasang sebab sungai kecil itu airnya akan kering apabila air tidak pasang. Kita terpaksa menunggu air pasang baru boleh meneruskan perjalanan. Jika tidak kita akan tersadai dahulu di Jeti ampung Bruit. Kekadang malam baru kita sampai kampung. Bayangkan menempung perjalanan begitu pada waktu malam. Pernah setahun dulu keluarga saya sampai di kampung pada pukut 9.00 malam. Menitis air mata saya apabila sampai sahaja di kampung malam itu apabila terdengar takbir raya berkumandang dari masjid yang tidak jauh dari rumah kami. Sampai sahaja kita di jeti depan rumah kami kelihatan sudah ayah tersayang menanti anak cucunya. Itu dulu, entahlah bagaimana raya tahun ini.
Sekarang perubahan demi perubahan berlaku. Perhubungan darat juga sudah mula boleh digunakan. Perjalanan dari bandar Sibu ke kampung Betanak hanya mengambil masa 2.30 minit sahaja. Itu pun terpaksa melalui jalan ladang sawit milik Rimbunan Hijau. Jalan dalam ladang itu pula berpasir. Maklumlah jalan ladang. Kereta juga boleh sampai setakat hujung kampung Penuai. Kereta terpaksa letak di situ. Meneruskan perjalanan ke Betanak terpaksa meminta orang kampung Penuai menghantar menggunakan motorsikal. Perjalanan naik motor sikal pula 15 minit.
No comments:
Post a Comment