Menyusuri nostalgia 20 tahun dulu bersama arwah ayah meneroka lautan luas Laut Cina Selatan menjadikan perasaan ini sayu. Lebih-lebih lagi melingkup bawah ufuk timur yang bening selepas subuh ini di tengah samudera luas menyebabkan saya tidak menyedari ada beberapa butir manik-manik suam meraba di bawak kelopak mata merayap sampai ke pipi. Pelbagai peristiwa suka duka sebagai anak nelayan menerjah semula ke kotak minda. Laut, gelombang, camar, angin dan ribut bukanlah asing bagi kami. Kekadang saya merindui akannya. Ternyata bagi anak laut seperti kami laut adalah umpama taman bunga tempat mendamaikan.
Hujung minggu andai tidak terikat dengan aktiviti dan urusan penting saya pasti akan balik ke kampung. Lebih-lebih lagi pada musim nelayan ke laut. Musim ini nelayan seakan mengambiul peluang sepuasnya menyeduk khazanah laut. Payak ayau Udang merah, Ubor, segala ikan melimpah ruah. Saya tidak terlepas peluang ini. Bukan bertujuan berebut tatkala Allah permurahkan rezeki nelayan tetapi sengaja mengisi nurani sebagai seorang anak nelayan ini dengan pengelaman menangkap payak dan ikan. Selepas syolat Subuh saya bersama abang sulung dan seorang anak buah menaiki sebuah bot 24 kuasa kuda menuju ke Laut Cina Selatan untuk menagih simpati laut.
selepas 2 jam menundak payak kita pun tarik pukat naik.
Inilah hasilnya. lebih kurang 100 kg payak merah sekali angkat pukat.
Memang sah anak laut sejati.
Udah merah ini akan di bawa balik ke darat (rumah) tengah hari untuk segera di kopek kulitnya. Semua nelayan tidak akan menundak sampai petang kerana peringkat memproses sesa unjur pada sebelah petang. Amat jarang urusan proses sesa unjur pada hari berikutnya. Hal ini demikian kerana menjamin kualiti sesa unjur itu. Biasanya kerja mengopel dan menelad atas babat (menyusun atas pengadang dawai) dilakukan oleh kaum perempuan. Nelayan juga menghadapi masalah ketiada upayaan tenaga kerja peringkat ini.
Payak merah yang sudah dibuang kulitnya dibersihkan dan disusun di atas babat. Babat ini dibuat dari anyaman kulit dahan rumbia. Ada juga babat moden digunakan iaitu dibuat daripada dawai anti karat.
Ini adalah proses tutaz kupas. (tutaz= membiang, kupas= sesa unjur @ udang kering lurus.
peringkat ini sesa unjur dijemur di tengah panas selepas kering dari atas babat.
Udang yang dikopek akan disusun di atas babat, kemudian dibiang di tepi api seperti dalam gambar. Jangan keliru. Sesa unjur dikeringkan bukan dengan menyalai atau diletak di atas apai. Sesa unjur dikeringkan dengan hanyak membiang berdekatan api sehingga kering. Sebab itu kerja ini sangat rumit, takut berlaku apai terlalu kuat menyebabkan sesa ini kering sangat dan hangus. Keesokan harinya proses dijemur di tengah panas pula dilakukan supaya sesa ini rasanya lebih rangup dan garing.
Sesa Unjur yang sudah sedia dimakan.
Makan sekali dengan saguk lebih menyelerakan.
Saya rasa di Malaysia malah di dunia hanya sesa unjur atau udang kering lurus ini hanya terdapat di Pulau Bruit dan Belawai Sarawak sahaja yang memproses Sesa Unjur.
Akan datang saya akan kongsikan segmen khas tentang menu-menu dan cara sesa unjur ini dihidangkan. Utk menempah sesa unjur ini boleh Menghubungi saya 0138019244. Kita juga mengharap ada pemborong dari semenanjung dan Brunei.