Cikgu Gusti Bin Sahdan Pengurus AM Koperasi SMK Jalan Oya Berhad Menerima
Trofi, sijil dan cek bernilai RM1300.00 daripada Datuk Sylvester Entri Anak Muran ,
Menteri Muda Bekalan Awam (Kemudahan Air) & Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang)
ALK KopeJo dari Kiri Pn. Chew Soon Ing(Pengurus Buku), En. Gusti Sahdan (Pengurus AM),
Menteri Muda Datuk Sylvester Entri, En. Noruddin Annuar (Bendahari),
Pn. Sophia Endik (Setiausaha), Cik May Eddie Wilson (JAD), Cik Chong S.N.(Pengurus Stok)
Pada 22.10.11 bertempat di Hotel Merdeka Palace Kuching, majlis penyampai Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah berlangsung dalam keadaan yang ceria dan harmonis. Dalam majlis tersebut SMK Jalan Oya telah menggondol hadiah Anugerah Gemilang Kualiti Koperasi Sekolah 2011. Kejayaan kemuncak ini menjadi kebanggaan warga koperasi SMK Jalan Oya.
Kejayaan Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad (KopeJO) adalah berkat usaha semua pihak terutamanya ALK yang ada sekarang yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perjalanan koperasi. Antara anugerah yang pernah diterima oleh KoopeJo ialah.
Rekod Pencapaian KopeJO dalam Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Negeri Sarawak
1. 2006 - Tempat Ketiga- Kategori Koperasi Sekolah Asrama B
2 2007 - Tempat Ketiga- Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
3. 2008 - Johan - Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
4. 2009 - Johan - Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
5. 2010 - Naib Johan - Kategeori Harapan Gemilang Koperasi Sekolah Negeri Sarawak
6. 2011 - Johan Keseluruhan - Anugerah Gemilang Koperasi Sekolah Negeri Sarawak.
ALK KopeJO seronok merai kejayaan
Wednesday, 26 October 2011
Monday, 17 October 2011
Thursday, 9 June 2011
Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Di Menara Taming Sari Melaka
Naik Menara Taming Sari Melaka |
Singgah Di Kota Bersejarah Al-Famosa
Santai sebentar di Dataran Pahlawan
Mengunjungi Masjid Terapong
Lawatan Istana Muzium Kesultanan Melaka
Singgah Di Kampung Morten (Kampung Pelancongan)
Rumah Tradisional Melayu Melaka
Menjejaki Sahabat Lama di Kampung Pantai Puteri Melaka
Isteri Tersayang
Taman Mini Air Keroh Melaka
Rumah Tradisional Melaka (Masuk buka Kasut)
Cuba Rasa Satay Kajang Hj Samuri Di Kajang
Wednesday, 18 May 2011
Persidangan Kebangsaan Angkasa Di PWTC
Sempat bergambar dengan Pengerusi Angkasa Prof. Dato' Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum(kanan)
Bersama Peserta Persidangan
Dewan PWTC KL
Monday, 2 May 2011
Sesa Unjur Kampung Betanak Yang Terbaik
Sesa Unjur atau udang kering (Melanau -Kupas telad) merupakan produk yang dihasilkan oleh kaum nelayan Melanau yang terkenal. Udang payak yang segar diproses menjadi udang kering dengan menggunakan kaedah biangan (Dibiangkan dekat api).
Tuesday, 19 April 2011
Singgah Di Kampung Pengantin Kuala Lumpur
19042011
16 April saya pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkhwinan Adik Fariha dengan tunangnya Mohd. Syukri di Kampung Pengantin. Kita pergi dalam satu rombongan yang terdiri daripada 25 orang dari Sarawak (Sibu). Kita sangat berterima kasih kepada Pn. Diana yang sudi menjemput kita untuk menghadiri perkahwinan anak perempuannya. Majlis tersebut berlangsung dalam keadaan yang gilang-gemilang.
Durian Musang King
Dalam perjalan balik 17 April, kami sempat singgah di Pasar Borong Nilai 3. Apa lagi yang perempuan mulalah kabur mata tengok barang. Belanjalah mereka sehingga puas. Ada antara mereka terpaksa bayar bagasi Air Asia sampai RM200.00 kerana barang terlebih muatan. Mereka memang tidak kesah asalkan kepuasan membeli belah itu telah dinikmati. Saya dengan Cikgu Bos pula lain ceritanya. ‘Musang King’ menjadi sasaran. Pengelaman menimati keenakan Musang King itu sukar digambarkan walaupun harganya mencecah RM25 sekilo. Dalam Van yang kami gunakan, kalangan perempuan merungut kerana bau durian, kita buat muka selamba sahaja. Buat muka macam orang tak bersalah. Janji dah makan durian Musang King. (Tidak terdapat di Sarawak)
Durian D24
Sampai di perkampungan Melayu Sepang ((nama kampung sebenar tak tahu) iaitu 20 minit nak sampai LCCT, kita singgah pula tepi jalan tempat orang berjual durian. Kita cuba durian D24 pula (Tak ada di Sarawak juga…). Aduh, sedap! Sampai menjilat jari. D24 ini gas duriannya sangat kuat. Dalam Van yang kita guna ke LCCT tersebut rasa nak meletup sahaja bom gas D24 dari serombong bawah. Sampai terkial-kial duduk menahan gasnya. Sampai di LCCT, keluar sahaja dari Van saya lepaslah gas D24 itu puas-puas. Baru lega.
Bom Gas D24 meletup dalam kapal terbang Air Asia.
Kerana keletihan sejurus sahaja ‘bilun’ (istilah melayu Sarawak) meninggalkan landasan saya terlelap. Rasa sekejap perjalanan yang mengambil masa 2 jam dari Kl ke Sibu kerana saya tertidur sepanjang perjalanan. Bila saya bangun, cikgu Saadiah (isteri Neng Bougenvilla) yang duduk bangku depan saya memberitahu saya yang dia ada 2 kali tercium bau gas itu. Saya terkejut rupa-rupanya semasa saya nyenyak tidur bom D24 itu meletup lagi sampai dua kali. Aduh malu le juga. Tapi buat aja le muka selamba macam orang tak bersalah. Dalam hati menyebut.. ‘ Ah! peduli apa janji aku dah meninkmati Musang King & D24. Siapa kena bom biarlah bukan dia boleh bom saya balik. Begitu le ceritanya singgah di kampunng pengantin KL bersama Cikgu Pn. Diana Ujil (Emak NANI Mentor 4)
Friday, 15 April 2011
Mat Rempit Masuk Pulau Bruit Kempen Pilihanraya SIRI II
SELAMAT TINGGAL PILIHANRAYA
KAMI NAK MEREMPIT DI LAUT PULA...
Pagi itu hujan agak lebat. Angin juga bertiup kencang seakan bersorak keseronokan bersama hujan mendinginkan lagi pagi kami yang tadinya kelihatan indah sahaja. Angin dan hujan ini seakan faham impian kami semua sejak semalam. Sekarang angin dan hujan itu mahu mengagalkan impian kami pula. Mungkin juga balasan Tuhan kerana kami sudah tergelincir dari tujuan asal. KEMPEN pilihanraya di Pulau seakan berkubur jauh di bawah jambatan Lobak Satubah yang kami lalui kelmarin. POLITIK yang dilaungkan sudah terbang melayang entah di mana, yang tinggal dalam benak kami ialah OMBAK- LAUT & IKAN- PAYAK.
Jam dinding rumah usang milik Allahyarham En Sahdan Gistan menunjukkan arah 8. Kami semua seakan putus harapan bahawa kami tidak akan ke laut jika hujan berterusan. Laut pasti bergelora. Pasti ada yang mabuk laut. Lainlah bagi orang kampung seperti Encik Gusti Sahdan(tuan rumah). Bagi mereka ombak laut itu umpama buaian yang mendodoikan. Alunan ombak seperti selimut mereka. Desirnya adalah nafas mereka. Bukan seperti kami anak kota yang membesar dalam segala kemewahan. Membesar dengan 'api dalam kaca', 'air dalam besi' dan 'buang air besarpun dalam mangkuk'. Itu semua tak ada di kampung nelayan tua ini.
Tidak lama kemudian hujan mula reda. Abang Encik Gusti pun memanggil kami semua untuk TURUN MENAIKI Bot Tundaknya. Akhirnya kami meneruskan perjalanan 'MENUNDAK PAYAK'. Kami semua gembira kerana berpeluang juga merasai realiti KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN.
Setelah menyusuri sungai kampung Betanak selama 15 minit terbentanglah LAUT. Ada antara kami baru pertama kali melihat laut dengan mata sebenar. Wah! Luasnya laut. Kutarik nafas panjang-panjang. Udara laut kusedut dalam-dalam. Segar, nyaman dan BEBAS. Hidup di laut memang bebas. Patutlah ramai orang kampung nelayan suka dengan BEBAS. Kehidupannya tiada tekanan, seperti kehidupan di laut yang luas.
Sampai di lokasi yang dituju. Tekong kami telah memperlahankan kelajuan bot. Kepayang (wings) pukat dipasang oleh anak tekong yang turut serta dalam ekspidisi kami. Tidak lama selepas itu tekong menurunkan pukat tunda ke dalam laut. Operasi menunda pun bermula.
Untuk menjadi cerita menariknya belum sampai 1 jam kami menunda ada seorang dua antara kami sudah merasa pening. Tidak lama selepas itu ada yang sudah termuntah-muntah. Mabuk laut.
Lebih kurang sejam kami menunda, enjin bot di perlahankan. Cukup masa untuk menarik pukat dan melihat hasil tangkapan pertama. Semua kami bergegas ke buritan bbot untuk melihat proses menarik pukat dengan kuasa 2 kuda lengan nelayan tua itu.
Bila 'butut' (bahagian hujung pukat) nampak kami teruja melihat hasil tangkapan. Udang payak banyak dan di tuangkan atas lantai bot. Seronoknya melihat payak yang masih segar itu. Hilang pening kepala kami sebentar kerana gembira melihat hasil tangkapan. Selepas itu pukat dilepaskan semula ke dalam laut untuk kali kedua. Begitulah seterusnya.
Selepas dua kali angkat tundak kami anak buah bos kami pun datang untuk menjemput kami balik, pada jam 11 mengguna perahu panjang enjin sangkut (Bukan injin Subsidi-- berkat usaha sendiri oooiii). Kami berangkat balik ke Sibu jam 2 petang selepas makan. Abang En. Gusti iaitu En. Maini dan anaknya masih lagi terus menundak payak sampai petang. Begitulah nelayan kampung Betanak ini meraih rezeki untuk menyara anak isteri.
Kenangan sampai ke sebuah kampung nelayan, dengan budi bahasa pendudukan kampung memang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat saya. Saya bertekad saya akan kembali menjejaki kaki ke kampung itu suatu hari nanti. Walaupun kehidupan penuh dibelenggu kemiskinan, tetapi mereka tidak pernah berkira untuk memberi buat tangan kepada kami (udang segar) untuk dikongsi rasa oleh isteri dan anak-anak kami yang setia menunggu kepulangan kami.
Meskipun perjalanan ke Kampung Betanak memang sukar (ekoran jalanraya - menumpang jalan ladang sawit brpasir dan becak), namun kami tidak 'jerak' (putus semangat) untuk pergi lagi nanti. Saya sangat
Perjalanan dalam ladang sawit- Luas wouuuuu boleh sesat wooouuu
Kena berhenti tunggu member yang lambat..
.
Saya sangat hairan negara kita merdeka sekian lama tetapi masih ada lagi tempat yang semundur itu. Di manakah suara pemimpin yang kita pilih dan beri amanah selama ini. Entahlah.. mungkin ada juga hikmah di sebalik ini agaknya. Betullah kata seorang penyair di Sarawak 'sinar merata cahaya menompok'. Tapi tempat yang kena cahaya awal dan lama itu akhirnya boleh terbakar juga.
Monday, 11 April 2011
Mat Rempit Masuk Pulau Bruit Kempen Pilihanraya SIRI 1
Pada hari Sabtu yang lepas sekumpulan Mat-mat Rempit Sibu merempit ke Pulau Bruit. Mereka kononnya nak kempen pilihanraya kat pulau Bruit. Saja nak tengok cerita hangat kat pulau tu mengenai pilihanraya yang panas dengan isu di sana. Hasrat nak berpolitik terpaksa dilupakan kerana Pendekar 7 kesayangan Sultan Melaka ini (seorang tak ada dlm gambar pegang kemera)tersesat dalam ladang sawit. Hasrat nak berkempen hanya tinggal kenangan.
.
Dengan kudrat Tuhan muncul seorang hamba Allah lalu kat kami. Dia yang tunjuk jalan ke sebuah kampung nelayan. Kami pun sampai di sebuah kampung Betanak (Kampung nelayan yang terpinggir daripada pembangunan)
SUATU SUBUH YANG BENING
Pagi itu subuh lagi aku sudah bangun. Aku turun mengambil wuduk di luar rumah. Berwuduk dengan air hujan dalam tangki amat sejuk. Sejuk air hujan pagi itu terasa sampai ke tulang sum-sum. Selepas selesai menunai solat subuh, aku melangkah meninjau suasana perkampungan nelayan tersebut. Suasana pagi yang bening dan nyaman sungguh indah. Menyedut udara segar kampung yang bebas pencemaran itu melegakan. Terasa bertenaga seluruh anggota badan. Terasa tubuh kita muda remaja semula. Manatidaknya udara bersih masuk badan(Boleh kahwin baru rasanya...).
Labels:
betanak,
bot,
daro,
mat rempit,
matu,
mukah,
Nelayan,
Payak,
rempit,
Sesa Unjur atau Udang Kering
Subscribe to:
Posts (Atom)