Tuesday, 18 March 2014

SANTAPAN JIWA : KPG BETANAK LOKASINYA.

Kampung Betanak antara satu daripada 11 buah kampung atas pulau Bruit. Kampung ini terletak di pesisir pantai Laut Cina Selatan mengadap laut di bahagian utara pulau. Sebelum ini perhubungan tradisi hanyanya bergantung kepada jalan sungai dan laut. Setiap warga yang hendak ke bandar besar atas pelbagai urusan terpaksa melalui Laut Cina Selatan . Termaksuklah urusan sakit dan anak sekolah. Perjalanan menggunakan bot nelayan ke Bandar Sibu mengambil masa 8 jam. Pekan terdekat ialah Daro yang perjalanannya mengambil masa 4 jam. Peristiwa karam kat Pulau Bruit sudah menjadi tidak asing lagi di telinga warga pulau.

Alhamdulillah.... baru-baru ini Kampung Betanak boleh dihubungi oleh jalan darat meski melalui jalan yang teruk ladang kelapa sawit. Perjalanan dari Sibu melalui jalan ladang sawit ini mengambil masa 2 jam tidak termasuk menunggu feri.


 Suasana Kampung yang mendamaikan.


Membersih pukat untuk persediaan ke laut semula essoknya.



Santai atas Jambatan kampung waktu petang.. memang masa terasa berlalu begitu cepat.



Sunday, 16 March 2014

SESA UNJUR : DI SEBALIK NILAI DAN KEPERITAN

Menyusuri nostalgia 20 tahun dulu bersama arwah ayah meneroka lautan luas Laut Cina Selatan menjadikan perasaan ini sayu. Lebih-lebih lagi melingkup bawah ufuk timur yang bening selepas subuh ini di tengah samudera luas menyebabkan saya tidak menyedari ada beberapa butir manik-manik suam meraba di bawak kelopak mata merayap sampai ke pipi. Pelbagai peristiwa suka duka sebagai anak nelayan menerjah semula ke kotak minda. Laut, gelombang, camar, angin dan ribut bukanlah asing bagi kami. Kekadang saya merindui akannya. Ternyata bagi anak laut seperti kami laut adalah umpama taman bunga tempat mendamaikan.





Hujung minggu andai tidak terikat dengan aktiviti dan urusan penting saya pasti akan balik ke kampung. Lebih-lebih lagi pada musim nelayan ke laut. Musim ini nelayan seakan mengambiul peluang sepuasnya menyeduk khazanah laut. Payak ayau Udang merah, Ubor, segala ikan melimpah ruah. Saya tidak terlepas peluang ini. Bukan bertujuan berebut tatkala Allah permurahkan rezeki nelayan tetapi sengaja mengisi nurani sebagai seorang anak nelayan ini dengan pengelaman menangkap payak dan ikan. Selepas syolat Subuh saya bersama abang sulung dan seorang anak buah menaiki sebuah bot 24 kuasa kuda menuju ke Laut Cina Selatan untuk menagih simpati laut.


selepas 2 jam menundak payak kita pun tarik pukat naik.





Inilah hasilnya. lebih kurang 100 kg payak merah sekali angkat pukat.



Memang sah anak laut sejati.


Udah merah ini akan di bawa balik ke darat (rumah) tengah hari untuk segera di kopek kulitnya. Semua nelayan tidak akan menundak sampai petang kerana peringkat memproses sesa unjur pada sebelah petang. Amat jarang urusan proses sesa unjur pada hari berikutnya. Hal ini demikian kerana menjamin kualiti sesa unjur itu. Biasanya kerja mengopel dan menelad atas babat (menyusun atas pengadang dawai) dilakukan oleh kaum perempuan. Nelayan juga menghadapi masalah ketiada upayaan tenaga kerja peringkat ini. 




Payak merah yang sudah dibuang kulitnya dibersihkan dan disusun di atas babat. Babat ini dibuat dari anyaman kulit dahan rumbia. Ada juga babat moden digunakan iaitu dibuat daripada dawai anti karat.



Ini adalah proses tutaz kupas. (tutaz= membiang, kupas= sesa unjur @ udang kering lurus.


peringkat ini sesa unjur dijemur di tengah panas selepas kering dari atas babat.

Udang yang dikopek akan disusun di atas babat, kemudian dibiang di tepi api seperti dalam gambar. Jangan keliru. Sesa unjur dikeringkan bukan dengan menyalai atau diletak di atas apai. Sesa unjur dikeringkan dengan hanyak membiang berdekatan api sehingga kering. Sebab itu kerja ini sangat rumit, takut berlaku apai terlalu kuat menyebabkan sesa ini kering sangat dan hangus. Keesokan harinya proses dijemur di tengah panas pula dilakukan supaya sesa ini rasanya lebih rangup dan garing. 




Sesa Unjur yang sudah sedia dimakan.





Makan sekali dengan saguk lebih menyelerakan. 

Saya rasa di Malaysia malah di dunia hanya sesa unjur atau udang kering lurus ini hanya terdapat di Pulau Bruit dan Belawai Sarawak sahaja yang memproses Sesa Unjur.

Akan datang saya akan kongsikan segmen khas tentang menu-menu dan cara sesa unjur ini dihidangkan. Utk menempah sesa unjur ini boleh Menghubungi saya 0138019244. Kita juga mengharap ada pemborong dari semenanjung dan Brunei.

Thursday, 13 March 2014

NELAYAN PULAU BRUIT NELAYAN SEJATI

Bestnye balikkk kampung hari tu...  Bulan 3-6 kampung2 nelayan kat Pulau Bruit memang dilimpahan dengan hasil laut. Kampung Betanak merupakan antara 11 kampung nelayan yang ada di Pulau Bruit. 

Suasana mendamaikan di kala senja
KAMPUNG BETANAK


Udang Merah (Payak Sak dalam Bahasa Melanau)
Udang merah ini dijual dengan harga RM3.00 sekilo.


Sedappppp...direbut dicecah dengan kicap

Biasanya nelayan memproses SesaUnjur.. atau udang kering yang lurus.
Untuk tahun 2014 ini harga sejkilo udang kering ini mencecah Rm100.00.


Bungkusan Sesa unjur yang bakal dipos ke Semenanjung.

Wednesday, 26 October 2011

Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad dinobatkan sebagai Koperasi Sekolah Gemilang 2011

                            Cikgu Gusti Bin Sahdan Pengurus AM Koperasi SMK Jalan Oya Berhad Menerima 
                                   Trofi, sijil dan cek bernilai RM1300.00 daripada Datuk Sylvester Entri Anak Muran , 
                          Menteri Muda Bekalan Awam (Kemudahan Air) & Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang)
                         ALK KopeJo dari Kiri Pn. Chew Soon Ing(Pengurus Buku), En. Gusti Sahdan (Pengurus AM),
                                         Menteri Muda Datuk Sylvester Entri, En. Noruddin Annuar (Bendahari), 
                         Pn. Sophia Endik (Setiausaha), Cik May Eddie Wilson (JAD), Cik Chong S.N.(Pengurus Stok) 

             Pada 22.10.11 bertempat di Hotel Merdeka Palace Kuching, majlis penyampai Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah berlangsung dalam keadaan yang ceria dan harmonis. Dalam majlis tersebut SMK Jalan Oya telah menggondol hadiah Anugerah Gemilang Kualiti Koperasi Sekolah 2011. Kejayaan kemuncak ini menjadi kebanggaan warga koperasi SMK Jalan Oya.
           Kejayaan Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad (KopeJO) adalah berkat usaha semua pihak terutamanya ALK yang ada sekarang yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perjalanan koperasi. Antara anugerah yang pernah diterima oleh KoopeJo ialah.

Rekod Pencapaian KopeJO dalam Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Negeri Sarawak

1. 2006 - Tempat Ketiga- Kategori Koperasi Sekolah Asrama B
2  2007 - Tempat Ketiga- Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
3. 2008 - Johan             - Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
4. 2009 - Johan             - Kategori Koperasi Sekolag Asrama B
5. 2010 - Naib Johan     - Kategeori Harapan Gemilang Koperasi Sekolah Negeri Sarawak
6. 2011 - Johan Keseluruhan - Anugerah Gemilang Koperasi Sekolah Negeri Sarawak.

                                               ALK KopeJO seronok merai kejayaan

Thursday, 9 June 2011

Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Di Menara Taming Sari Melaka

Naik Menara Taming Sari Melaka

Singgah Di Kota Bersejarah Al-Famosa

Santai sebentar di Dataran Pahlawan

Mengunjungi Masjid Terapong

Lawatan Istana Muzium Kesultanan Melaka

 Menyusuri Sungai Melaka

 Singgah Di Kampung Morten (Kampung Pelancongan)
 Rumah Tradisional Melayu Melaka
 Menjejaki Sahabat Lama di Kampung Pantai Puteri Melaka

 Isteri Tersayang

 Taman Mini Air Keroh Melaka
Rumah Tradisional Melaka (Masuk buka Kasut)
Cuba Rasa Satay Kajang Hj Samuri Di Kajang